top
logo

Pautan

cuepacs_logo  logospa   jpa fb

MainMenu

Hubungi Kami

KEPERTAMA

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM SERDANG, SELANGOR

Telefon : 03 - 8946 7987
Faksimili : 03 - 8942 4029
E-mail : kepertama@putra.upm.edu.my


Home
Pesanan Presiden

Saya juga berharap semua ahli KEPERTAMA dapat mempertingkatkan intergriti , menjauhi daripada dadah, rasuah dan terlibat dengan pinjaman kewangan tanpa lesen (Along). Harapan saya agar ahli KEPERTAMA dapat mempertingkatkan prestasi dan produktiviti supaya menjadi lebih efektif, inovatif dan kreatif seiring dengan hala tuju Universiti.

 

Perjuangan yang tidak kenal jemu dan putus asa dalam meningkatkan taraf yang lebih baik agar dapat dinikmati oleh semua lapisan pekerja. Saya sentiasa berdoa semuga perjuangan yang saya bawa bersama Ahli Majlis KEPERTAMA ini dapat diteruskan bagi memertabatkan hak pekerja di peringkat Universiti Putra Malaysia.

Di peringkat CUECPAS usaha-usaha Penambahbaikan Skim Perkhidmtan, Pembayaran Insentif kepada pekerja yang berkemahiran, Mengkaji semula kadar elaun semasa dan Penambahbaikan peluang kenaikan pangkat. Bersamalah kita berdoa agar perjuangan CUECPAS ini akan mencapai kejayaan.

 

Syabas dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis KEPERTAMA yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada saya semasa menerajui KEPERTAMA. Dalam ruang yang singkat ini saya mengambil kesempatan memohon maaf sekira terdapat kekasaran dan keterlanjuran kata serta kekurangan yang tak mampu saya penuhi untuk semua Ahli KEPERTAMA sewaktu saya menerajui KEPERTAMA. Saya juga berharap agar ahli Majlis Tertinggi bagi penggal 2012/2014 akan dapat mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi kesatuan ini demi kepentingan ahlinya.

 

Akhir sekali saya menyeru agar kita sentiasa mencari pengalaman baru, mempertingkatkan ilmu pengetahuan serta cabaran dan daya juang, dalam membela hak dan masa depan pekerja. Kita satukan tekad, kita perkukuhkan kesatuan dan kita perjuangkan hak kita.

 

"Menyatu Memperkukuh Memperjuang"

 

TN.HJ.MOHD ZAILANI BIN HJ.ABD RAZAK

Presiden

 

bottom

Universiti Putra Malaysia dan KEPERTAMA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.